Pages

Saturday, June 22, 2013

Dinner Malam Minggu

Menunggu anak-anak bersama papanya di swimming pool sambil surfing beberapa web yang dok gasak post baju-baju raya menjelang nak hampir bulan Ramadhan ni..Zaman sekarang tak susah macam dulu nak beratur bergasak beli baju raya bagi yang sibuk bekerja. Google je, maka berduyun la segala macam fesyen baju terkini yang dijual secara online. Asal selesa terpulang la kepada individu ya tak..Bagi yang cerewet masih boleh teruskan meredah segala pintu butik yang ada kat KL ni.

Dari dulu hinggalah sekarang aku memang jenis yang buat persiapan last minute, haa tak tau lah kenapa kan.Mungkin kerjaya dan tanggungjawab sebagai mama kepada dua orang buah hati buat jadual aku penuh walaupun hujung minggu.Ok tu baru dua ya, kalau lebih tak tahu la mcm mana gayanya.Tabik spring buat ibu-ibu yang mempunyai anak lebih dari dua..Azam tahun ni nak buat persiapan awal sikit..Kita tengok je la ya sampai ke idak hajat kita ni..huhu

Oppss topik atas lain kan..Haa aku dan 3S arini decided nak dinner kat Burger Bakar Abang Burn berhampiran rumah je..kedai ni baru beroperasi di kawasan Bandar Seri Permaisuri ni..kalau tengok  LIKE kat FB beliau memang vavava nampak macam menarik kan haa so arini kita cuba rasa burgernya.

Beef Burger dan Meatball


Bagi aku burger dia sama macam burger-burger bakar yang lain mungkin sedikit perbezaan pada accesories dalam nya jer. Meatball tu pulak memang sedap cuma gravy tu kalau sedikit pekat lagi bagus kot.

Eh 3S tu ape?


Friday, June 21, 2013

Alhamdulillah

Bismillahirahmanirrahim,

Mungkin aku bukanlah penulis hebat berbanding blogger2 lain,oppss bukan mungkin tapi "memang" tak hebat pun..hehe..but just nak share daily routine as a wife,mother,worker,friend,chef dapur sendiri and daughter to my lovely family..of course mana ada hidup yang lengkap dalam dunia ni..kalau ada pun dalam filem atau drama kot..So kalau aku dok ngomel cerita-cerita tak berapa nak sedap maka korang senyum jer la ye..Dah lama sangat rasanya blog ni terperap dengan namanya tapi tak pernah ada masa nk coret lukisan hidup ni kat blog.

Alhamdulillah anak-anak dah besar dan cabaran membesarkan mereka adalah satu tugasan yang amat menuntut kesabaran, bagaimanapun ini adalah amanah Allah SWT yang perlu aku jaga dengan baik.Cewahh macam alim benor pulak ye tetiba.Jadi aku rasa dah tiba masa aku luangkan masa untuk diri sendiri untuk sesuatu yang dari dulu nk buat tapi tak tercapai hujung jariku..ngee

Hokey takyah nak pening sangat kot nak cerita yang pelik-pelik..Esok hari Sabtu jom kita berhujung minggu.eheh..

Sayang kamu-kamu..