Semalam balik dari kerja macam biasa la lalu Federal Highway kan takde hari yang tak sesak jadi sampai ke rumah pun sudah pukul 7pm. Nak masak barang-barang tak suruh anak yang sulung tu keluarkan lebih awal jadi beku semua dalam freezer lah kan. Jalan yang paling cepat dan mudah untuak buka puasa hari ke 7 adalah : hehehe kedai ler mana lagi.
Sarah sudah pun saya call lebih awal semasa terperangkap sesak, saya mintak dia ke kedai makan berhampiran untuk booking meja. Sarah memilih untuk berbuka di The Master Cook Chinese Muslim Cuisine Restaurant berhampiran rumah saya di Bandar Sri Permaisuri.Sudah je duduk terus ku order, Honey Chicken Rice pilihan Sarah dan Shaber manakala saya hanya chicken porridge dan dimsum.
Sambil menunggu menu saya didatangi makhluk Allah SWT, seekor kucing berwarna oren. Meow ni nampak terlalu keletihan tapi tidak mula meminta-minta.Kasihan pula saya lihat dengan ekornya yang seperti terbakar luka. Mungkin pada pandangan saya disiram air panas oleh kedai-kedai makan disini yang tidak gemar akan kucing.Kucing ini datang dan terus merenung muka saya, datang pula perasaan sayu dihati. Maka saya menyuruh Sarah mengambil pek Whiskas didalam kereta.Untuk makluman semua saya memang gemar membawa pek kecil whiskas dalam kereta kerana saya memang mudah simpati jika didekati kucing sewaktu dikedai makan.
![]() |
Merenung muka saya seperti minta difahami. |
![]() | ||
Makan sampai licin..hehe |
Tadaaaaaaa..dan ini lah muka dia selepas makan. Dia datang semula kepada saya seolah olah memberi ucapan terima kasih buat kami anak beranak. Alhamdulillah itulah rezeki dia pada hari itu.
![]() |
Terima Kasih katanya..hikhik |
![]() | ||
Honey Chicken dan Chicken Porridge |
Okeh jangan lupa ya bawa whiskas dalam tas tangan anda..cewahhhh..bahasa sangat ayu..hikhik..
Selamat Berbuka Puasa.