Pages

Wednesday, July 17, 2013

Simpan Whiskas Dalam Beg?

Assalamualaikum

Semalam balik dari kerja macam biasa la lalu Federal Highway kan takde hari yang tak sesak jadi sampai ke rumah pun sudah pukul 7pm. Nak masak barang-barang tak suruh anak yang sulung tu keluarkan lebih awal jadi beku semua dalam freezer lah kan. Jalan yang paling cepat dan mudah untuak buka puasa hari ke 7 adalah : hehehe kedai ler mana lagi.

Sarah sudah pun saya call lebih awal semasa terperangkap sesak, saya mintak dia ke kedai makan berhampiran untuk booking meja. Sarah memilih untuk berbuka di The Master Cook Chinese Muslim Cuisine Restaurant berhampiran rumah saya di Bandar Sri Permaisuri.Sudah je duduk terus ku order, Honey Chicken Rice pilihan Sarah dan Shaber manakala saya hanya chicken porridge dan dimsum.

Sambil menunggu menu saya didatangi makhluk Allah SWT, seekor kucing berwarna oren. Meow ni nampak terlalu keletihan tapi tidak mula meminta-minta.Kasihan pula saya lihat dengan ekornya yang seperti terbakar luka. Mungkin pada pandangan saya disiram air panas oleh kedai-kedai makan disini yang tidak gemar akan kucing.Kucing ini datang dan terus merenung muka saya, datang pula perasaan sayu dihati. Maka saya menyuruh Sarah mengambil pek Whiskas didalam kereta.Untuk makluman semua saya memang gemar membawa pek kecil whiskas dalam kereta kerana saya memang mudah simpati jika didekati kucing sewaktu dikedai makan.

Merenung muka saya seperti minta difahami.
Dapat je Whiskas terus kami cari sudut agar kucing ni dapat diberi makan tanpa orang lain memandang dengan penuh jijik. Bukan apa sesetengah individu tidak gemar dengan kucing apatah lagi dijalanan. Boleh dilihat dari riak muka mereka apabila kami cuba memberi perhatian terhadap kucing ni. Jadi kami letak disudut agar dia boleh makan tanpa diganggu.

Makan sampai licin..hehe


Tadaaaaaaa..dan ini lah muka dia selepas makan. Dia datang semula kepada saya seolah olah memberi ucapan terima kasih buat kami anak beranak. Alhamdulillah itulah rezeki dia pada hari itu.

Terima Kasih katanya..hikhik
Oppss dan ini dia gambar menu simple kami semasa berbuka puasa tadi. Bagi sesiapa ke restoran ini kalau tak minat makan lauk manis jangan order honey chicken ya.Nama pun honey kan. Anak bertuah tu tak lalu makan dan terpaksa la ku order pulak sotong sambal.Harga makanan dikedai ini boleh tahan juga lah rasanya. Tapi jika saya bandingkan harga dengan rasa masakan disini hmmm kurang berbaloi jugak rasanya..

Honey Chicken dan Chicken Porridge


Okeh jangan lupa ya bawa whiskas dalam tas tangan anda..cewahhhh..bahasa sangat ayu..hikhik..

Selamat Berbuka Puasa.


Thursday, July 4, 2013

Nasi Daun Pisang

Assalamualaikum.

Dekat dah ya nak masuk bulan Ramadhan..tinggal beberapa hari lagi sebelum semua umat islam menyambut kedatangan bulan yang mulia lagi ditunggu-tunggu ni. Bahang bulan mulia ini sudah terasa dengan iklan membeli belah disana sini...huhuhu..Rakan-rakan FB dah pulun habis jual biskut raya masing2.hikhik

Persiapan?udah ku bilang, menjadi kebiasaan daku membuat persiapan bak semut..tapi rasanya tahun ni macam agak menjadi sikit la..ujung minggu ni nak intai IKEA dan juga beli baju bonda dan ayahanda ku tercinta..Jadi bulan puasa ni takde la jadual penuh je setiap minggukan..

Nasi Daun Pisang Kanna Curry House P.Jaya
 Haa ni ler menu lunch dengan officemate sebentar tadi.Dulu kalau nak dibuat cerita aku bukanlah  peminat kari. Tapi lepas dapat anak 2 eh eh tup tup minat plak makan kari. Mucuk i plak suka makan kari jadi sekarang minat semakin seringan la ye tak.. Tapi kari pun bukan semua mamak sedap. Kari kat gambar atas ni nama jer daun pisang tapi u ols nampak tak tu bukan daun pisang..Jadi keaslian nya dah takde.Takpe la kan janji udah try lain lain tempat. Boleh ler dibandingkan rasa setiap tempat yang kita pergi tu ye dak. Pada tekak aku sedap juga ler kari disini berserta lauk lauk nya cuma sayur-sayurnya tak macam daun pisang beberapa tempat yang lain.Takde jugak jeruk yg aku suka tu.Harga boleh dikatakan sama juga dengan kedai lain.

Tata.banyak koje ni ya.

Monday, July 1, 2013

Bermulalah

Minggu lalu Malaysia berdebat dengan isu jerebu, aku dan keluarga juga tak lepas dari masalah ni. Kawasan di Permaisuri agak teruk juga.Anak-anak tidak kesekolah seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran. Alhamdulillah selepas beberapa hari jerebu yang teruk keadaan kembali pulih apabila turunnya hujan dengan izin Allah SWT.Syukur.

Syukur juga kehadrat ilahi, makcik aku bertemua jodoh dilewat usia.Hehe..Ok bukan jodoh pertama ya, arwah bapa saudara mengidap stroke dan meninggalkan makcik aku yang comel ni untuk meneruskan hidup.Siapa pun kita, apa pun yang kita buat, kita tak mampu menolak ketentuan yang Maha Esa. Kalau dah jodoh tak kemana ler kan. Disakat jurunikah ler jawabnya sepanjang majilis akad. Hehehehe.Comel.



Haaaa..tu dia :)

Selepas majilis selesai aku bergegas pulang nak selesaikan pulak urusan hari terakhir pembantu rumah yang telah berkhidmat menjaga anak-anak selama 8 tahun pulang ke Indonesia beraya bersama keluarga. Biarpun dia bukanlah pembantu rumah yang sempurna, tapi segala jasa baik beliau menjaga anak-anak sangatlah aku hargai. Aku tak kisah pun dia tak buat urusan lain dalam rumah yang penting anak-anak dijaga baik makan minumnya. Syukur dia bukanlah sebahagian dari maid2 yang pernah buat hal macam dalam news tu kan.

Maka dengan rasminya, bermulalah episod baru dalam hidup aku untuk memikul semua tanggungjawab yang celah-celah bukit tu. Dulu mungkin gosok baju,lipat baju,sidai baju,mop lantai dan bla bla bla bibik bantu, now no more bantu-bantu hokey..eh sape cakap aku tak buat kerja rumah??hello walaupun ada maid tapi aku masih lagi buat semua tu, cuma bila dibantu terasa lah ringan sikit kan.Suami dan anak-anak tak gemar makan masakan maid, dan aku juga suka suami dan anak-anak merasa makan dari air tangan sendiri berbanding maid.Almaklumlah aku kerja memang balik lewat, tapi masak tetap ku laksanakan seawal pagi atau lewat malam.Tak pernah balik umah langit masih cerah..oh tidak!

Terus terang cakap, memang sakit kepala jugak memikirkan takde pembantu ni, tapi aku kena hadapi kenyataan jugak. Dulu zaman mak bapak kita dulu takde sape gak yang tolong jagakan anak-anak sewaktu ibu bapa keluar bekerja, pada waktu tu harapkan jiran jengok-jengok sebelah rumah. Err tapi kalu nak bandingkan jenayah dulu dengan sekarang agak susah sikit la kan.. tu la bezanya zaman mak abah kita dulu kalau main depan umah sampai matahari terbenam pun takde orang nak culik.sekarang pantang lepa jer anak..hmm kes melibatkan jenayah kanak-kanak semakin berleluasa. Itu yang membimbangkan untuk meninggalkan anak-anak dirumah tanpa dipantau oleh orang dewasa.Hatiku gusar.

Aku mohon pada Allah SWT yang Maha Esa supaya sentiasa melindungi anak-anak sewaktu aku mencari rezeki.

Buah hatiku...

Last year..Istana Budaya
 Boss dah jeling-jeling..kuikuikui..jom buat kerja..ngeee :)