Pages

Monday, July 1, 2013

Bermulalah

Minggu lalu Malaysia berdebat dengan isu jerebu, aku dan keluarga juga tak lepas dari masalah ni. Kawasan di Permaisuri agak teruk juga.Anak-anak tidak kesekolah seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran. Alhamdulillah selepas beberapa hari jerebu yang teruk keadaan kembali pulih apabila turunnya hujan dengan izin Allah SWT.Syukur.

Syukur juga kehadrat ilahi, makcik aku bertemua jodoh dilewat usia.Hehe..Ok bukan jodoh pertama ya, arwah bapa saudara mengidap stroke dan meninggalkan makcik aku yang comel ni untuk meneruskan hidup.Siapa pun kita, apa pun yang kita buat, kita tak mampu menolak ketentuan yang Maha Esa. Kalau dah jodoh tak kemana ler kan. Disakat jurunikah ler jawabnya sepanjang majilis akad. Hehehehe.Comel.



Haaaa..tu dia :)

Selepas majilis selesai aku bergegas pulang nak selesaikan pulak urusan hari terakhir pembantu rumah yang telah berkhidmat menjaga anak-anak selama 8 tahun pulang ke Indonesia beraya bersama keluarga. Biarpun dia bukanlah pembantu rumah yang sempurna, tapi segala jasa baik beliau menjaga anak-anak sangatlah aku hargai. Aku tak kisah pun dia tak buat urusan lain dalam rumah yang penting anak-anak dijaga baik makan minumnya. Syukur dia bukanlah sebahagian dari maid2 yang pernah buat hal macam dalam news tu kan.

Maka dengan rasminya, bermulalah episod baru dalam hidup aku untuk memikul semua tanggungjawab yang celah-celah bukit tu. Dulu mungkin gosok baju,lipat baju,sidai baju,mop lantai dan bla bla bla bibik bantu, now no more bantu-bantu hokey..eh sape cakap aku tak buat kerja rumah??hello walaupun ada maid tapi aku masih lagi buat semua tu, cuma bila dibantu terasa lah ringan sikit kan.Suami dan anak-anak tak gemar makan masakan maid, dan aku juga suka suami dan anak-anak merasa makan dari air tangan sendiri berbanding maid.Almaklumlah aku kerja memang balik lewat, tapi masak tetap ku laksanakan seawal pagi atau lewat malam.Tak pernah balik umah langit masih cerah..oh tidak!

Terus terang cakap, memang sakit kepala jugak memikirkan takde pembantu ni, tapi aku kena hadapi kenyataan jugak. Dulu zaman mak bapak kita dulu takde sape gak yang tolong jagakan anak-anak sewaktu ibu bapa keluar bekerja, pada waktu tu harapkan jiran jengok-jengok sebelah rumah. Err tapi kalu nak bandingkan jenayah dulu dengan sekarang agak susah sikit la kan.. tu la bezanya zaman mak abah kita dulu kalau main depan umah sampai matahari terbenam pun takde orang nak culik.sekarang pantang lepa jer anak..hmm kes melibatkan jenayah kanak-kanak semakin berleluasa. Itu yang membimbangkan untuk meninggalkan anak-anak dirumah tanpa dipantau oleh orang dewasa.Hatiku gusar.

Aku mohon pada Allah SWT yang Maha Esa supaya sentiasa melindungi anak-anak sewaktu aku mencari rezeki.

Buah hatiku...

Last year..Istana Budaya
 Boss dah jeling-jeling..kuikuikui..jom buat kerja..ngeee :)

2 comments:

  1. Ya Zakirasli, kami dapat tiket free semasa Lawak Ke Der di IB. Nabil antara rakan suami saya.. :)

    ReplyDelete