Pages

Tuesday, August 13, 2013

Tiada Entry Ramadhan Mahupun Syawal..Balik KL tak tahu pasang kepala Tong Gas..Macam mana tu??

Salam Aidilfitri buat semua..

Raya ke 4 saya dah pun pulang ke KL bersama suami..Anak-anak masih di Perak bersama atuk dan opah mereka yang akan turun ke KL pada Jumaat nanti.. Saya pulang awal kerana suami sudah pun mula bekerja pada Isnin dan akan ke Penang bagi meneruskan shooting iklan Lahad Datu..maka apabila suami sudah mula bekerja jadi kesimpulannya saya seorang jer la kan dirumah..haishhh sangat membosankan tahap dewa dewi bila anak-anak tiada disisi..tergolek golek tengok tv perut pun lapar.

Ke dapur la kita apa lagi masak maggi...almaklum cuti memasak masih lagi bersambung bila anak-anak dah suami takde kan..ngeee

Maggi sudah pun dikoyak, bawang putih dan merah, juga cili padi sudah pun dihiris..sekali alamak tong gas tak pasang..sebelum pulang ke kampung tempoh hari kami memadam semua punca elektrik begitu juga tong gas di tanggalkan kepalanya ..ciri2 keselamatan sebelum percutian bermula..haaaa nampak gaya tak masak la maggi saya..saya memang sangat takut bila disuruh memasang kepala tong gas..sesuatu yang sangat payah untuk saya lakukan meskipun ianya perkara mudah..setelah mundar mandir lebih 10 minit maka saya mula memasang mengikut langkah yang saya google..kihkihkih...

Tapi api tak nyala lagi?? saat ini saya mula mendail nombor bonda dikampung..hahaha..katanya tekan kepala gas tu kuat2 dan pusing kan sehingga separuh..kalu gas tak keluar lagi..tunggu sekejap dan beri masa gas untuk mengalir ke dalam saluran...eh betul la cakap mak tu..saya tak tunggu kejap  patut la bila ku putar api masih tak menyala..hahahhaha panik la tu...terima kasih mak :)

Petang sikit ke Tesco buang masa seorang diri mencari rod langsir..lalu di depan promosi alat muzik nak survey2 kelas muzik untuk anak-anak...terlihat pembantu tokey Cina kedai muzik tu sedang duduk depan piano..Dia berbangsa Indonesia yang membantu mengangkat alatan yang dibeli pelanggan..sewaktu sedang berlegar disitu tiba2 pembantu tersebut memainkan piano tu dengan lagu Hafiz...wah sangat sedap dan pada pendengaran lobang telinga gue ini, langsung tidak sumbang mainan beliau..dia nampak selekeh dah biasa sahaja tapi sangat berbakat..tak salah kalau saya katakan kebanyakan rakyat Indonesia memang sangat berbakat dalam bidang muzik....

Rindu nya pada si besar dan si kecik tu :(




Bahagiamu Deritaku – Hafiz
Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu



No comments:

Post a Comment