Pages

Tuesday, September 3, 2013

Mangkuk Tingkat Sempena Minyak Naik...muahahaha

(السلام عليكم)

Semalam FB dipenuhi luahan-luahan rakyat Malaysia berikutan kenaikan minyak Ron95 dan diesel. Sana sini ada yang setuju ada yang tempek maki hamun dan macam2 lah kan..Rasa tak puas hati diluahkan..Walaupun BR1M dinaik kan akan datang, bagi golongan pertengahan mereka tidak menerima bantuan ini.. Walaupun 20sen angka yang kecil tapi ini memberi kesan kepada golongan yang susah serta anak ramai..Kerana apa? kerana semua akan berdepan dengan kenaikan harga barang runcit..alasan penghantaran barang guna lori bukan pakai air liur..Opsss..hehe

Baru sehari minyak naik, di kantor saya kami dah terima harga baru penghantaran barang dari pihak courier..alasan diesel naik..ok ok takyah cakap lagi pasal 20 sen ..ngee

Hari ni mood masak nasi lemak sambal petai ikan bilis dan ayam goreng..Mangkuk tingkat baru ku beli kat Cosway..Melaram guna mangkuk tingkat baru ke pejabat..muahahaha
Saya memang gemar bawak bekal ke pejabat..Coz kadang2 sudah bosan dengan makanan dikawasan pejabat ni..dengan harga berkali-kali ganda..

Nasi lemak arini pakai santan kotak UHT kurang kolestrol dan kurang lemak..tapi bila masak rasa nasi lemak tu mmg sedap sama jer kalu pakai santan pun..

haa??telur? ..mmg takde telur coz kids tak suka selur

Mangkuk tingkat baru ku beli.. :)

sambal petai dan nasi lemak versi kurang kolestrol..kurang ke? :P

3 comments:

  1. sedapnya nasi lemak. tak puas makan nasi lemak masa balik sebab puasa. kat sini tak ada orang komplen pasal harga minyak naik. hehehehe selalu husband isi minyak kat Prado dia 5 riyal (lebih kurang RM40) tahan seminggu utk dia ulang alik ke office.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM40 utk seminggu?? amboi seronok nye dengar..murah tu..sana Mala selalu masak ape ya..mudah ke dapatkan bahan2 masakan Asia disana? Tapi tentu seronok kan tggl di Oman..sebab mudah dpatkan halal food..

      Delete