Pages

Friday, November 8, 2013

Dulu Sekarang | Nasi Ayam Ipoh

Assalamualaikum,

Cakkk..haha..malas benor rasanya nak menulis sejak akhir-akhir ni..bukan pandai pun nak update cerita kat blog ni..tapi gatal nak ada blog kan..

Kebelakangan ni bermacam jenis kes jenayah berlaku di negara ini..pernah saya coretkan dalam FB saya berkenaan masa kecil saya dahulu..apa kaitan???

Ok kaitan nya adalah masa kecil saya dengan masa kecil anak-anak saya adalah amat berbeza..sekarang anak-anak kemana sahaja mesti kita dah risaukan keselamatan mereka..pantang lepa sikit pasti ada jenayah setiap saat berlaku dimana saja..Dulu masa saya dibangku sekolah, dari awal pagi berjalan kaki dalam gelap seorang diri sehingga lah pulang sekolah waktu panas terik langsung tidak memikirkan perkara buruk akan berlaku..waktu itu kanak-kanak bebas bermain apa jua permainan sehingga matahari nak tenggelam tanpa ibu bapa memikirkan perkara-perkara seperti rompak,samun,culik dan dsbnya...Selagi tak kena jerit nak maghrib selagi tu ler main konda kondi, baling selipar, daun terup,baling tin,galah panjang,sorok2 aihhh macam2 lah kan..Berbeza anak2 sekarang, mahu keluar rumah walaupun disekitar kawasan condo pun saya sudah risau..sekarang dikalangan kanak2 atau remaja sendiri sudah pandai jadi gengster, ini kan pula untuk saya melepas mereka keluar bersendirian di luar sana..

Dulu saya darjah 3 sudah ke pasar malam sendirian..ke pasar pagi sendirian..mak suh beli ini..beli itu..Sekarang??? oh tidak..tidak sesekali saya melepaskan anak2 saya keluar rumah tanpa saya..bukan saya terlalu mengawal cuma saya tidak mahu menyesal dikemudian hari..tambahan pula rumah saya sendiri pernah dipecah masuk oleh perompak yang mana anak sulung saya sendiri berada didalam rumah..mujur dia sempat buka pintu semasa mendengar pintu pagar dipecahkan..lari lintang pukang "setan" tersebut..dia ingat anak saya tiada dirumah..maklumlah jam 3petang kebiasaan penghuni rumah masih dipejabatkan..Malah dikawasan sekolah anak juga pernah berlaku penculikan yang mana saya sendiri terbaca didalam akhbar..bila dilihat alamat kejadian dan gambar, ya ampun sekolah anak saya..semakin saya menjadi amatlah gerun untuk melepaskan anak2 berpeleseran kat luar sana tu ha..


Nasi Ayam Ipoh

 Ok pedih biji mata ni ha dah..Nasi ayam ipoh yang sangat sedap ni resepinya saya amik dari Azlita Masam Manis..alhamdulillah ikhlas sungguh pemberi resepi sehingga bila kita buat memang sedaplah ceritanya..takde yang kurang pun bahan nya..terima kasih buat Azlita ..





No comments:

Post a Comment